Wednesday, June 11, 2014

Ucapan Perasmian Pengarah BPSH Bengkel Kerjaya SISC dan SIP+

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian ( BPSH ) KPM telah menganjurkan Bengkel Kerjaya SIP dan SISC + dari 28 - 30 Mei 2014 di Hotel Flamingo, Ampang Selangor. Program telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JPN, PPD, SIP+ dan SISC+ seluruh negeri Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya. Turut hadir dalam memberikan input semasa sesi dialog  ialah YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau seterusnya telah merasmikan Bengkel Kerjaya tersebut.  Berikut adalah beberapa amanat  utama dalam  ucapan perasmian beliau.

    YH Dato Haji Mazlan telah menyeru agar SIP+  dan SICS+ memberi  fokus kepada kerja membimbing guru dan pentadbir. Beliau menegaskan SIP+  dan SICS+ tidak perlu membuat program kerana  mereka   harus memberi fokus untuk membimbing sehingga  30 orang guru supaya mereka menjadi guru yang yang berjaya dalam  PdP.  KPI SISC+  adalah  KPI Menteri Pendidikan. Justeru,  bimbingan hendaklah diberi secara   individu dan elakkan memberi bimbingan secara berkumpulan.

     Pusat  Professional Learning Center  sedang dibangunkan oleh  BPSH untuk dijadikan pusat  intervensi. Unit Pengurusan  Akademik bertanggungjawab dalam memastikan pencapaian subjek di sekolah. Oleh itu, peranan yang dimainkannya harus berjalan seiring dengan peranan SISC+. Kenaikan gred sedang diusahakan. Jawatan SISC+ adalah DG44 Hakiki manakala SIP+ DG48 Hakiki, akan dinaikkan  kepada  48, 52, 54 secara KUP. Carta organisasi sedang dalam penstrukturan semula. Buat sementara ini SISC+ diletakkan di  bawah  Unit Pengurusan Akademik manakala SIP+ adalah  di bawah Unit Pengurusan Sekolah.

     YH Dato Haji Mazlan menegaskan SIP+ dan SIC+ menggunakan data-data yang ada bagi meningkatkan  kualiti sekolah dan kualiti  guru. Beliau  berharap SIP+ dan SISC + akan dapat mengubah PdP guru agar jadi lebih menarik dan menghasilkan pelajar yang suka suka belajar. Bagi SISC+,  sekolah yang dipilih tidak semestinyai sekolah band 5 atau 6. Jika guru-guru tersebut telah pun berkualiti mungkin wujud masalah lain di sekolah,   misalnya masalah  environment  dan budaya sekolah.  Jadi SIP+  perlu memainkan  peranan di situ. Fellow SISC +  harus  mencari dan memberi fokus kepada guru yang  kritikal untuk menyumbang kepada  KPI  Menteri Pendidikan, iaitu daripada 173 sekolah band 6 dan 7 kepada 140 sekolah sahaja menjelang 2014 dan tiada sekolah band 7 menjelang 2015.
      
      Seterusnya beliau menyarankan SIP+ dan SISC+  mengenal pasti masalah di daerah masing-masing, iaitu permasalahan setempat . Dalam usaha meningkatkan kualiti guru dan sekolah, kerjasama PPD diperlukan. Dengan itu, PPD,  SIP+ dan SISC+ perlu duduk bersama-sama  , menggembling  tenaga dan usaha  untuk bergerak secara mantap dan berfokus supaya KPI  tercapai. SISC+ juga perlu memastikan guru memahami keperluan transformasi   SISC+ juga perlu yakin dan meyakinkan dari segi interior dan exterior( Jaga imej). Buat masa ini       SIP+ dan SISC+  belum lagi dilibatkan dengan audit kerana perjawatan ini adalah perjawatan  baru.  Dengan itu, tumpuan  haruslah diberi kepada pembangunan sekolah (SIP+) dan guru (SISC+). PPD pula diminta  memahami  tugas SIP+ dan SISC+ dan meletakkan  mereka  di tahap yang sepatutnya dengan tidak memberikan mereka tugas-tugas yang boleh menjatuhkan  imej mereka.  

      YH Dato’ Pengarah mahu  imej SIP+ dan SISC+ dipelihara  untuk memberi keyakinan dan kepercayaan  PGB dan pentadbir kepada mereka.     Pemilihan sekolah oleh PPD yang akan dibimbing oleh SIP+ dan SISC+ haruslah dibuat  berdasarkan data dan keperluan.

        Disediakan oleh:
        Radiah bt Nordin
        SIP + PPW Sentul
          

No comments:

Post a Comment