Bahagian Pengurusan Sekolah Harian ( BPSH ) KPM telah menganjurkan Bengkel Kerjaya SIP dan SISC + dari 28 - 30 Mei 2014 di Hotel Flamingo, Ampang Selangor. Program telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JPN, PPD, SIP+ dan SISC+ seluruh negeri Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya. Turut hadir dalam memberikan input semasa sesi dialog ialah YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau seterusnya telah merasmikan Bengkel Kerjaya tersebut. Berikut adalah beberapa amanat utama dalam ucapan perasmian beliau.
YH Dato Haji Mazlan telah menyeru agar SIP+ dan SICS+ memberi fokus kepada kerja membimbing guru dan pentadbir. Beliau menegaskan SIP+ dan SICS+ tidak perlu membuat program kerana mereka harus memberi fokus untuk membimbing sehingga 30 orang guru supaya mereka menjadi guru yang yang berjaya dalam PdP. KPI SISC+ adalah KPI Menteri Pendidikan. Justeru, bimbingan hendaklah diberi secara individu dan elakkan memberi bimbingan secara berkumpulan.
Pusat Professional Learning Center sedang dibangunkan oleh BPSH untuk dijadikan pusat intervensi. Unit Pengurusan Akademik bertanggungjawab dalam memastikan pencapaian subjek di sekolah. Oleh itu, peranan yang dimainkannya harus berjalan seiring dengan peranan SISC+. Kenaikan gred sedang diusahakan. Jawatan SISC+ adalah DG44 Hakiki manakala SIP+ DG48 Hakiki, akan dinaikkan kepada 48, 52, 54 secara KUP. Carta organisasi sedang dalam penstrukturan semula. Buat sementara ini SISC+ diletakkan di bawah Unit Pengurusan Akademik manakala SIP+ adalah di bawah Unit Pengurusan Sekolah.
YH Dato Haji Mazlan menegaskan SIP+ dan SIC+ menggunakan data-data yang ada bagi meningkatkan kualiti sekolah dan kualiti guru. Beliau berharap SIP+ dan SISC + akan dapat mengubah PdP guru agar jadi lebih menarik dan menghasilkan pelajar yang suka suka belajar. Bagi SISC+, sekolah yang dipilih tidak semestinyai sekolah band 5 atau 6. Jika guru-guru tersebut telah pun berkualiti mungkin wujud masalah lain di sekolah, misalnya masalah environment dan budaya sekolah. Jadi SIP+ perlu memainkan peranan di situ. Fellow SISC + harus mencari dan memberi fokus kepada guru yang kritikal untuk menyumbang kepada KPI Menteri Pendidikan, iaitu daripada 173 sekolah band 6 dan 7 kepada 140 sekolah sahaja menjelang 2014 dan tiada sekolah band 7 menjelang 2015.
Seterusnya beliau menyarankan SIP+ dan SISC+ mengenal pasti masalah di daerah masing-masing, iaitu permasalahan setempat . Dalam usaha meningkatkan kualiti guru dan sekolah, kerjasama PPD diperlukan. Dengan itu, PPD, SIP+ dan SISC+ perlu duduk bersama-sama , menggembling tenaga dan usaha untuk bergerak secara mantap dan berfokus supaya KPI tercapai. SISC+ juga perlu memastikan guru memahami keperluan transformasi SISC+ juga perlu yakin dan meyakinkan dari segi interior dan exterior( Jaga imej). Buat masa ini SIP+ dan SISC+ belum lagi dilibatkan dengan audit kerana perjawatan ini adalah perjawatan baru. Dengan itu, tumpuan haruslah diberi kepada pembangunan sekolah (SIP+) dan guru (SISC+). PPD pula diminta memahami tugas SIP+ dan SISC+ dan meletakkan mereka di tahap yang sepatutnya dengan tidak memberikan mereka tugas-tugas yang boleh menjatuhkan imej mereka.
YH Dato’ Pengarah mahu imej SIP+ dan SISC+ dipelihara untuk memberi keyakinan dan kepercayaan PGB dan pentadbir kepada mereka. Pemilihan sekolah oleh PPD yang akan dibimbing oleh SIP+ dan SISC+ haruslah dibuat berdasarkan data dan keperluan.
Disediakan oleh:
Radiah bt Nordin
SIP + PPW Sentul